BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 30 July 2011

9 jenis anak syaitan 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
- Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
- Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
- Berkawan baik dengan kaki botol.
- Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
- Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dll.

6. Masuud

- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

- Duduk di pintu rumah kita.
- Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10. Isetan.( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

- Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
- Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
- Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan: Shopping tu agak agak sikit, jangan sampai berlebih lebihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

0 comments: